BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, December 12, 2009

Entering a new semester aka final sem

next year will be very challenging...
with lots of stuff, assingment to be compleated and the hardest one... IB EXAM MAY 2010.

aaaaaa!!!!! cam x sedar je kan????
kejap sangat masa sekarang berlalu.. tak macam dulu... rasa macam lama sgt satu taun tu... isyk3...

taun depan.. dah umur 20 taun.. meninggalkan zaman belasan tahun.. tua??? tak tau la...

sekarang ni, tengah menaruh harapan yang tinggi pada taun depan. berbekalkan pembelajaran slama hampir 2 taun. mampu ke aku score dalam exam IB, dapat fly g IRELAND, graduate, jadi doktor???

hidup aku bukan stakat tu je... msih jauh lagi perjalanan ni..

aku berharap, aku dapat mencapai segala impian aku... semoga ALLAH perkenankan segala doa yang ku pohon.. AMIN.

Saturday, November 28, 2009

laptop lagi...

kisahnya bermula pd minggu lpas...
sebaik shja aku mengON laptopku, tiba2 je... x de apa2 pon yang kuar kat skrin 2..
aku dah PANIK dah...
maklumlah.. aku ni pon bukannya kaya sangat nak beli laptop baru (yg ni pon abg aku pya.. isyk2)
lalu aku pon CALL abg aku (yg supply topup 2) sbb dia ni terer bab2 komputer (dah nama pon amek kejuruteraan komputer).

aku : hello, assalamualaikum..
mat : waalaikumussalam..
aku : weh! laptop aku skrin rosak. nak buat mcm mna nie?
mat : hang tanya la long. 2 kan laptop dia.
aku : ok2.. satgie aku tnya dia.

disebabkan abg sulong aku tidak mengREPLY msg aku, aku pon CALL dia.

aku : long!! laptop skrin rosak.
long : rosak mcm mna??
aku : x keluaq apa2. hitam terus.
long : dah pi antaq kedai blom?
aku : dak lagi..
long : pi antaq kedai dulu. kalo dia kata mahal sgt (>rm3oo), ang bli la LCD.
aku : ok. tapi aku x dak duit nih.
long : nanti aku masok.
aku : ok

disebabkan x puas ati ngan jwpn abg sulong aku, aku skali lagi CALL abg aku td.

aku : mat! long suruh aku antaq kedai. kalo mahal sgt, dia suruh aku bli LCD.
mat : LCD? (dlm hati dok gelak) cuba ang pikir nanti nak balik umah mcm mna. sblah tngan pgang beg laptop (yg memg berat), sblah lg bwk LCD. x ke susah. dah la naik bas.
mat : betol gak kan. abeh tu nak buat mcm mna nih?
mat : apa2 pon, pi la antaq kedai dulu.

lalu, ari jumaat lepas, aku pon siap2 nak kuar. pastu, aziani dtg bilik aku. aku pon nak tnjuk la kata laptop aku rosak. bila aku On je... trus OK. lalu aku pon tnya abg aku balik. dia ckp, kalo dah ok, x payah antaq lagi. so, aku pon x jadi la antaq kat kedai but still, skrinnya cam rosak sket wlpon gmbr still kuar. hum... apa nak buat kan??

ps : hoping for a new laptop..

Monday, November 16, 2009

my new desktop wallpaper.. cute???

Wednesday, November 11, 2009

kesedihan melanda..

aku tengah koyak nih.. x sangka lak segala preparation yg aku buat untk IOC bm x berbalaoi.. isyk3...

walapon aku dapat soalan yang boleh dikatakan mudah (sajak ibuku).. namun, aku x dapat mengeluarkan idea2 yang bernas bagi menjawab solan tersebut...
sedih..sedih..sedih..sedih..sedih...

tapi, aku berjanji yang aku akn buat yang terbaik untuk exam sem 3 n final ib nanti.. sebab, walaupon aku x score IOC, aku masih boleh score paper bm nanti sbb benda tu x mustahil.. lgpun, aku pernah dpat bm 7..(i can do it!!!)

kepada kengkawan yang senasib dengan aku, jgn koyak lama2 sngat. daripada kita dok pikir menda tu, baik g stadi math or bm or sbjek ap2 ja.. it's batter that way. x la membuang masa jer..

Saturday, November 7, 2009

Keadilan Islam

(sila baca post disebalik perayaan april fool dulu)

Mari kita imbas kembali ketika pembukaan kota mekah oleh Rasulullah S.A.W. Baginda tidak membunuh penduduk Mekah yang berlindung di rumah ibadat, wanita serta kanak-kanak. Mereka juga turut dibenarkan meninggalkan tanah Mekah tanpa sebarang pertumpahan darah.

Begitu juga ketika Saidina Umar Al-Khattab membuka Palestin. Beliau masuk ke kota Baitul Maqdis tanpa pertumpahan darah. Malah beliau sempat berdialog panjang dengan ketua paderi di situ. Mereka semua dibenarkan keluar dari kota dengan selamat. Bahkan ada di antara mereka yang akhirnya membantu kerajaan Umar.

Perkara yang sama turut diamalkan Salehudin Al-Ayubi, ketika beliau membuka Damsyik dan Baitul Muqaddis. Tawanan tidak dibunuh dan dibenarkan keluar dengan selamat. Bahkan di Damsyik, penganut agama Kristian tidak dihalau sebaliknya kawasan gereja dan masjid dibahagikan. Beliau turut membina sebuah penempatan untuk mereka yang dinamakan kota Bab Tuma yang boleh dilihat sampai ke hari ini.

Inilah keadilan Islam, yang memberikan kesejahteraan kepada semua kaum dan agama apabila Islam memerintah. Jauh berbeza dengan apa yang dilakukan kepada umat islam di Andalus suatu ketika dahulu.

Disebalik perayaan ‘April Fool’

Merupakan perayaan yang disambut sejak kejatuhan kerajaan Islam di Andalus@Sepanyol oleh tentera-tentera Kristian. selepas tentera kristian berjaya menawan Andalus,
penduduk Islam di Granada telah berlindung di rumah masing-masing namun, tentera Kristian tidak berpuas hati dan mahu menghapuskan Islam.

Tawaran telah diberikan kepada penduduk Islam untuk berlayar keluar dari bumi Sepanyol, membawa barang-barang keperluan dengan menggunakan kapal-kapal yang disediakan mereka. Pada mulanya, orang Islam tidak mempercayaai tawaran tersebut lalu mereka keluar untuk melihat sendiri kapal yang dimaksudkan. Setelah terbukti kewujudan kapal tersebut, maka orang Islam pun bersiaplah untuk keluar.

Pada keesokan harinya, 1 April, mereka beramai-ramai menuju ke pelabuhan. Lalu, tentera Kristian masuk ke rumah mereka dan menggeledah serta membakar rumah-rumah tersebut. Kapal-kapal yang dijanjikan turut dibakar. Tentera-tentera Kristian telah membunuh orang –orang Islam termasuk wanita dan kanak-kanak.

Peristiwa berdarah ini kemudiannya dirayakan sebagai ‘April Fool’ di seluruh dunia. Namun, terdapat juga segelintir umat Islam yang jahil turut merayakannya.

Dipetik dari majalah Al-Islam keluaran November 2009.

Saturday, October 24, 2009

senaman comel...

video